Monday, May 11, 2015

Practical/Internship/Latihan Industri

Assalamualaikum and hello semuaaaa 😄
Tajuk nya pun dah menceritakan apa yang aku kena buat sekarang. Ya, practical!!! Aku kena cari tempat practical. 
Since aku ni student Diploma Computer Science, so kena lah cari company yang ada kaitan dengan course aku. Banyak jugak nama-nama company yang aku dapat. Dalam 10 jugaklah aku apply through email.
Tapi sekarang dah 3 minggu and takde satu pun company yang reply. Sedih oiiiii. Bukan satu company yang aku apply tapi SEPULUH!! 😐😕 Tak tau lah apa silapnya. Sama ada aku punya resume tak ok ke atau company tu malas nak layan aku haha. 
Kawan-kawan aku cadangkan aku call je company tu. So esok aku nak try call sebab tak sampai sebulan je lagi nak start. Hmm
Oh btw, kalau ada sesiapa yang tahu company IT yang ada kekosongan untuk practical, pleaseee inform me 😞😅 I am so desperate rigt now haha. Ok that's it! Tatatititutu 😘🙋🏻👋🏽



Saturday, May 9, 2015

Game freak

Assalamualaikum and hello semuaaaa.
Lama gila dah aku tak update blog. Sebab blog ni saja-saja je. Bukan nak buat serius pun. NI pun saja-saja je rasa nak update hehe.

Oh btw sekarang aku tengah cuti sem. Sem depan praktikal. Tempat tak dapat lagi. Sedih aihhh.
So cuti ni tak buat apa-apa. Boring duduk rumah main game je lah kerjanya. Haha.
Aku memang suka main game dari kecik lagi. And my most favorite game is THE SIMS.
First aku main The Sim masa aku darjah 5. Abah aku belikan hehe. Thanks abah sebab buat aku addicted main The Sims :p

And sekarang tahun 2015, dah sampai The Sims 4. BAru je keluar. Aku pun excited gila so aku terus cari and download lerrr. Bila dah dapat main memang gembira terlompat lompat. Haha. Mana tak ny, graphic dia, sound dia memang awesome. Jauh beza dengan The Sims 1 dulu haha. Everyday main sampai mak aku bising haha. Tapi boring jugak kan main game yang sama je. So aku google game yang best. Akhirnya aku jumpa satu game yang menarik, Life Is Strange. Aku baru nak download so tak tau lah best ke tak. Nanti aku bgtau okay. Hehe

Okay Tatatititutu :*


Wednesday, October 1, 2014

Bad day!! :(

Assalamualaikum. Hellooooo!

Hari ni aku boleh katakan hari yang agak teruk untuk aku. Sobs. Tapi aku anggap ini semua cubaan dan ujian dari Allah. Aku saborrrr je lah. haha

So cerita dia macam ni. Sekarang ni aku tengah final exam. First paper dah start hari ahad haritu (28/09/14). So second paper aku lambat lagi, dua minggu kot gap. Haha. So gap panjang2 ni aku cadang nak balik rumah family aku lah kat Shah Alam.

 Selalunya aku balik naik ktm je tapi kalau bag berat2 aku suruh parents aku ambik. Tapi hari ni aku rasa macam tak nak susahkan parents aku untuk ambik aku sebab tkut diorang busy. Sooo i decided to balik sendiri mengangkut bag yang berat nak mampus. Tak pernah aku bawak bag berat macam tu. Mana tak berat kalau bawak buku sampai dua bag. So mula2 gerak keluar dari rumah sewa pukul 12.30 macam tu lah. Naik taxi pergi kolej jap. Time tu duit yang ada dalam purse hanyalah RM1. Nasib baik tambang taxi untuk student hanya seringgit seorang. Sampai kolej, aku bayar bill unifi and pulangkan buku network kat library. Mula2 fikir nak keluarkan duit kat kolej je tapi fikir balik lebih baik keluarkan kat KL Sentral sebab boleh terus makan jap kat sana.

Oh lupa pulak nak cerita, aku tak makan atau minum langsung dari rumah sewa sebab takde duit nak beli makanan and minuman. Bapak sadis. haha. Ok lepas tu gigihlah berjalan kaki dari kolej ke lrt. Punya lah penat sebab bag dua2 berat nak mampus. Kena naik jejantas yang tinggi gila and panas terik! Bila dah sampai lrt lega sikit sebab lrt sejuk dengan aircond. Naik dari Pandan Jaya then turun kat Masjid Jamek. Lepas tu naik pulak lagi satu lrt yang menghala ke Kelana Jaya tu sebab nak pergi Kl Sentral.

So bila dah sampai KL Sentral, cepat2 aku cari ATM Machine. Punyalah panjang beratur diaaaa. Tapi aku gigihkan jgak beratur. Dah sampai turn aku, punyalah excited nak keluarkan duit, tengok2 machie tu tak boleh keluarkan duit bawah RM50. Aku dah cuak dah. Sebab dalam akaun aku ada dalam RM 40 jeee. Celah mana pulak aku nak keluarkan duit. Then aku cari ATM machine lain tapi malangnya semua menghadapi masalah yang sama. Dalm 4 atau 5 machine jgaklah aku try. TIme aku rasa nak menangis dah sebab memang lapar and haus sangat.

Akhirnya aku buat keputusan untuk balik terus tanpa makan or minum. Nasib baik kad Touch N Go still banyak baki. Ok bila dah sampai tempat tunggu tren, aku cari tempat duduk sebab aku memang penat sangat and dah bermandi peluh. Tapi takde satu pun tempat kosong. So aku just bersandar pada tiang besar and letak bag aku kat atas lantai. Penat punya pasal, aku duduk jap then bangun balik sebab malu orang pandang. Haha. 1 minit aku berdiri tiba2 je aku rasa lain macam. Pandangan aku start kabur. Time tu aku relax lagi so aku duduk balik atas lantai. Bila dah duduk tu, kabur tu dah hilang. Then aku bangun balik.

Time aku bangun tu aku ternampak sorang laki ni bangun dari tempat duduk berdekatan aku. Dengan pantasnya aku terus angkat bag and duduk kat situ. Time tu lega sangat dapat duduk. Tapi tak lama lepas aku duduk tu, tiba2 pandangan aku start kabur balik. Tapi makin serious. Aku start tak nampak apa2, cuma silau2 je yg aku nampak and then telinga aku start berdengung. Almost tak dengar apa2. Aku dah agak aku ni pitam. So sebelum anything bad happen ke aku, aku terus bgtau akak sebelah aku yang aku nak pengsan. Then akak tu tanya aku ada air atau cokelat tak. Memang taklah aku ada. haha. Dia pun takde so dia just urut2 leher and bahu aku. Punyalah sedap dia urut! But still tak hilang jgak pitam aku tu. Bila tren dah sampai, akak tu papah aku masuk tren.


           

Dengan bag yang berat aku jalan terhuyung hayang macam orang mabuk. Orang lain pandang pelik je. Bila dah dapat seat dalam train tu, aku bersandar and akak tu duduk sebelah aku. Train tu sejuk so terus hilang pitam aku. Tapi aku pening2 lalat lah. Bila aku nak keluar train, aku cakap terima kasih kat akak tu banyak kali sebab aku rasa terhutang budu sangat kat akak tu. Yelah cuba bayangkan kalau akak tu tak tolong, memang aku dah terbaring pengsan kat situ. Alhamdulillah takde apa2 buruk berlaku.

Aku takkan lupa apa yang jadi hari ni :')

Tuesday, September 30, 2014

Yang mana satu?

Assalamulaikum. Helloooo :)

So sekarang ni aku nak cerita pasal collagen! Haa sekarang kan memang trend minum collagen untuk kulit putih, gebu and flawless gituuu. So aku ni dulu takde lah terpengaruh sangat benda2 ni. Tapi baru2 ni, tiba2 macam ada timbul satu kesedaran untuk menjadi putih. Haha. Almaklumlah aku ni gelap orangnya. I mean, SANGAT GELAP!! Kalau dulu masa sekolah, kawan2 panggil aku k*l**g. Haaa sampai macam tu sekali tau. Dari form 1 sampai lah form 5. Tapi bila dah habis SPM, aku kerja sambilan. So sebab duduk dalam banggunan je, kulit cerahlah sikit. Masuk kolej pulak, dari sem 1 sampai 2 maintain. Tapi bila masuk sem 3, haaa gelap balik sebab aku aktif sangat join facilitator. Lepas tu jadi MPP(Majlis Perwakilan Pelajar) pulak. Memang hitam lah jadinya sebab asyik buat event and camp. Berbelang muka jangan cerita lah. Teruk sangat. Sobs. *Panjang nau ceritanya haha :p

So, berbalik semula pada topik asal, jenama collagen apa yang paling berkesan dan harga yang berbaloi. Confuse gila nak pilih yang mana satuuu.  Sebab takkan nak main beli je. Kena lah tau jgak kan yg mana satu elok and berkesan. So selepas beberapa minggu mencari produk collagen yang ada di pasaran Malaysia ni, ini adalah beberapa list produk. Hehe



1) Aurawhite Beauty



Rasanya jenama collagen yang paling famous kat Malaysia ni adalah Aurawhite ni. Sebab memang ramai kawan aku minum benda ni. Iklan kat tv ada, kat tepi highway pun berlambak. Lepas tu tengok testimoni dia pun semua macam menjadi je. Harga pun rasanya berbaloi jgak sebab botol dia besar and orang yang jual tu cakap boleh tahan dalam sebulan or dua bulan.
           
 2) Radiance Signature




Haaa yang ni namanya Radiance Signature. Yang ni tak payah bancuh pun. Just terus minum dari sachet tu. Housemate aku pernah try. Dia cakap sedap gila. And berkesan untuk dia sebab before ni kulit dia sensitif and selalu tumbuh jerawat. Bila makan benda ni, jerawat dia makin mengecut  and memang aku pun nampak perubahan dia. TETAPI, harga dia agak mahal lah bagi aku. Dalam satu kotak tu ada 20 sachet and harga dia RM 180. So boleh tahan 20 hari jelah. Itupun kalau makan sekali sehari. Kalau makan dua kali sehari je, 10 hari je dah habis. Tapi berbaloi lah kan sebab berkesan.


3) Toujours Collagen Dust




Produk ni dari France kalau tak silap. Hanis Zalikha pun pakai produk ni. Tengoklah kulit dia mcm mana kan sekarang. Cara nak guna just tabur sikit je atas makanan or minuman. Tak payah guna banyak sangat sebab tu botol dia pun kecik je. Harga agak mahal but boleh tahan lama so berbaloilah. 


4)K-Colly Sweet 17



Last but not least, produk dari Korea, K-Colly. Masa mula2 tengok nama produk ni, aku sebut dia K Coli. Hahaha. Padahal sebenarnya cara sebutan dia Koli. Lulz. Yang ni lebih kurang macam aurawhite, bancuh and minum. But nak makn terus pun boleh jgak. Tapi harga yang ni murah sikit. 


Soooo, kesimpulannya i am still confuse nak pilih yang mana. Sebab fikir pasal kesan and harga tu yang membuatkan aku confuse kot. Haha. Ok setakat tu je lah untuk hari ni. Aku sangat menghargai kalau korang boleh bagi suggestion yang mana elok. Hehe. Comment tau! :p  Tatatititutu! XOXO





Monday, September 29, 2014

Muncul kembali :)





Assalamualaikum. Helloooo. Lama gila tak post. Sebab sekarang ni dah ada macam2 jenis sosial media macam Facebook, Instagram and twitter. So focus yg tu jelah. Blog ni terus ditinggalkan. haha. Tapi baru2 ni tiba2 rasa macam nak start balik tulis blog. Boring agaknya sebab nak cuti sem dah. Hmm.Ok apa apa pun, InsyaAllah kalau rajin, I akan post lagi. hehehe. Tatatititutu. XOXO :)

Wednesday, June 10, 2009

HELLO AND WELCOME!!!

Assalamualaikum,
Hello and apa khabar. For this blog i will be using both english an malay language. People call it manglish. So dalam blog ni saya akan post gambar-gambar terbaru yang saya tangkap. Selain dari tu, saya juga akan post apa-apa lagi yg menarik spt video dan lain-lain. Hope everyone can accept me memandangkan i am not really good kalau tulis blog ni. Hope you will enjoying it and most important is click the follow button. THANK YOU!